Followers

Monday, 15 April 2013

Kisah Seram Di Lebuhraya Karak

Assalamualaikum...
Salam Blogger kepada rakan-rakan blogger..
lama plak tak update blog nie..
naik lusam n berabok dah hehehe
korang mesti pelikkan kenapa tajuk entry Iz kali ini mcm tu...
actually Iz ada perasaan ingin tahu sangat pasal Highway Karak tu...
tak tahu la tapi Iz jadi membuak buak sangat nak tahu,,,,
so Iz wat la sedikit kajian n baca story sal Karak nie..
so Iz harap korang enjoy la k..
takdala seram sangat tapi amaran la..
jangan baca sebelom tidor :p
yela takot nanti korang tak leh tidor plak =='
hehehe

Mari baca cerita dan kisah seram di Lebuhraya Karak. Sekarang ni, semua sudah maklum bahawa jalan lebuhraya karak memang agak berpuaka dan pelbagai kematian membabitkan kemalangan maut terjadi di jalan raya berkenaan. Bukan sahaja kemalangan, malah pelbagai cerita penampakan makluk halus turut dilaporkan oleh pemandu yang penuh lalu di laluan berkenaan. Untuk maklumat anda, lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.
http://2.bp.blogspot.com/-vJlBXt8AvS4/TdkSh-7v1KI/AAAAAAAAAZs/49AGrQoFLLM/s1600/Gombak-lebuhraya-karak-entrance-to-tunnel-f.jpg
Antara Kisah Benar Kejadian Seram Di Karak Highway
Misteri Volkswagen Kuning
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.
http://1.bp.blogspot.com/-amGqHM-ukf0/TthK6uCdI8I/AAAAAAAAAws/r59Srb5MKU0/s1600/keretaue4.jpg
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Menurut pengalaman seorang pelajar UIA (tidak perlu disertakan nama) yang datang dari Gombak menuju ke Temerloh dengan motosikal pernah melalui dan tersermpak dengan kereta kuning di lebuhraya itu pada tahun 2009 pada waktu senja kira-kira jam 7.30. Disebabkan beliau mengetahui akan misteri tersebut, beliau hanya ambil langkah bertenang dan tidak memotong kereta tersebut. Kereta tersebut bergerak tanpa pemandu…
Penampakan Pontianak
Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya. Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup. Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.
http://3.bp.blogspot.com/-K6X6zwaygHU/TfzqOKSYsKI/AAAAAAAACyQ/cBR04kkF4KY/s1600/pontianak+karak.jpg
“Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita. “Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya,” kata Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.
Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi. “Pul, betullah. Aku nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hadi. Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit,” ujar Saifullah.
Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar. “Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang kemalangan,” jelasnya yang sehingga kini mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.
Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras. Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.
Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.
Budak Sesat Cari Emak
Pada suatu malam, ada seorang lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur mahu pulang ke rumah pada waktu malam. Selalunya ramai orang memilih untuk mengguna lebuh raya Karak pada waktu malam kerana mahu mengelakkan kesesakan jalan raya dan juga bahang panas matahari.
Namun, lelaki ini yang begitu suci pemikirannya daripada kisah-kisah hantu di lebuh raya Karak terlalu penat pada malam itu, lalu memilih untuk berhenti memandu dan tidur di dalam kereta di tepi jalan. Silap besar! Itulah yang berlaku. Mungkin Uncle Seeker boleh menggunakan idea ini untuk mengesan kewujudan entiti dan bukti kewujudan hantu di Lebuh Raya Karak.
Baru sahaja beberapa minit dia terlelap, dia kembali dikejutkan dengan bunyi ketukan tingkap dari luar. Rupa-rupanya ada seorang budak lelaki yang merenungnya tanpa berkelip-kelip dan bertanya kepadanya di mana ibunya.
Pemandu itu masih mempunyai naluri yang kuat. Nalurinya kuat mengatakan dia harus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju dan jangan mempedulikan budak misteri itu. Pemandu itu pun terus meninggalkan tempat tersebut dengan kereta yang dipecut laju. Dari cermin belakang keretanya, dia melihat budak itu masih mengejar dengan laju walaupun pada ketika itu kereta pemandu itu sedang bergerak pada kelajuan melebihi had laju nasional. Budak itu masih lagi mampu mengekori keretanya dan sempat lagi bersaing sebelah menyebelah dengan pemandu kereta itu. Budak itu terus bertanya dan bertanya jika pemandu itu tahu di mana ibunya.
Kemudian sebuah kereta polis peronda pun muncul lalu mengekori kereta lelaki itu. Ketika itulah hantu budak sesat cari ibu itu menghilangkan diri. Lelaki ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun menceritakan segala-galanya kepada pegawai polis. Pegawai polis memberitahu lelaki tersebut:
Pada suatu ketika dahulu, ada kemalangan berlaku di sini. Kemalangan itu berlaku dipercayai kerana penumpang di dalam kereta tersebut tidak memaki tali pinggang keledar keselamatan semasa memandu. Dalam kemalangan itu, ibu kepada budak tersebut telah tercampak keluar dari keretanya. Manakala budak tersebut kekal di dalam kereta. Disebabkan hal itu, budak itu pun merayau-rayau mencari ibunya sehingga kini.
Lelaki ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun bertanya bila peristiwa itu berlaku. Pegawai polis itu memberitahu, lama sudah.
Lelaki itu berasa pelik kenapa budak itu tidak membesar. Polis itu pun memberitahu, kalau dah namanya hantu, seratus tahun lagi pun macam itulah rupanya.
Begitulah kisah hantu budak sesat cari emak di lebuh raya Kuala Lumpur. Ada orang kata semasa kemalangan itu berlaku, budak itu yang duduk di bahagian depan, manakala ibunya sebagai pemandu. Dalam kemalangan itu, cermin pecah dan kaca menusuk ke mata budak itu.

Thursday, 14 March 2013

Tanda-tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia

Assalamualaikum..
Lamanya tak update blog nie..
hehehe...
hari ni Iz nak shared saomething dengan korang...
cue korang hayati nya betul2 sbb semua org akan laluinya nanti...
huhuh







100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Thursday, 7 March 2013

Pengambilan Terkini Perajurit Muda TUDM Siri 49/13

Assalamualaikum w.b.t
tengah syok syok blogwalking tadi..
TERNAMPAK plak natang nie...
wah betapa gembiranya...
hahaha...
dulu dok berangan la ugak nak jadi AirForce ni...
yela zaman budak budak dulu...
ok disini Iz nak konsgsi sikit pasal Iklan nie

Pengambilan terkini perajurit muda TUDM Siri 49/13. Kita memerlukan ramai lagi perajurit untuk berjuang walau apa cara sekali pun. Aku nak apply, tinggi tak lepas rasanya. Sangat hebat mereka berpakaian uniform sambil memperjuangkan tanah air kita nie. 
WEBISTE : http://www.airforce.gov.my/
Bagi Syarat Dan Kelayakan Serta Kelebihan, Sila Rujuk MENU : KERJAYA : PEGAWAI bagi Pegawai dan MENU : KERJAYA : PERAJURIT Bagi Perajurit. Untuk Sebarang Maklumat, Sila Hubungi Bahagian Atau Sel Berikut :
Bagi Perajurit
MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN
TINGKAT 7, MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
TEL: 03 – 26812412/2413/2414
Bagi Pegawai
P/S : Utara dah settle. Tinggal Selatan, Timur dan Tengah

Sumber:

Thursday, 21 February 2013

Harlem shake Malaysia compilation


Assalamualaikum...
Salam blogger pada semua...

korang ingat lagi x fenomena Ganggam Style yang dicetuskan oleh PSY??

ha tu 2012 punya cerita..
now dah 2013 timbul pulak tarian
 HARLEM SHAKE A.K.A GONCANG HARAM

pada mula nya Iz tgok un asa cam nak tergelak..
haahaha...

nak tau x tarian tu cam na??
men kita tengok..

ni kompulasi daripada MALAYSIA..
jom layan sesama hehhe


Friday, 8 February 2013

Masalah??


Assalamualaikum
Salam blogger kepada semua rakan...
sihat semua??
tadi tengah syok2 blogwalking jumpa cerita ini...
lagi pon skrg ini Iz ada mslh sikit..
so Iz baca lah sbb nampak mcm menarik iz nak kongsikan dengan ampa semua noh...hehehe

Masalah memang boleh menyebabkan kita semua berubah. Daripada berubah riak muka, berubah mood sehinggalah menyebabkan kita boleh berubah karekter. Lebih teruk lagi jika menyebabkan kita terus murung, diam membisu tanpa ingin berhubung dengan mana – mana orang. Hanya memendam masalah seorang diri.


Setiap orang pernah berasa sedih, tertekan atau gelisah. Oleh hal itu, seseorang itu akan berasa lega jika terdapat orang yang sudi mendengar masalahnya.

Memang sesetengah orang dapat menghadapi & menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri, namun tidak semua orang dapat berbuat begitu. Sesetengah orang kurang berkemampuan untuk menguruskan emosi dan perasaan mereka sendiri. Ini adalah normal kerana manusia diciptakan bukanlah sebagai makhluk Allah yang kuat. Adakalanya kita akan merasa “Down”


Mungkin kita ni beri kelebihan oleh Allah untuk lebih kuat daripada orang lain. Mungkin dengan ini, kita pula boleh membantu orang lain untuk menyelesaikan masalah.

Jika kita sedang menghadapi seseorang / teman atau ahli keluarga yang mempunyai masalah dan berniat ingin membantu melegakan beliau, tetapi tidak tahu apa yang harus dilakukan, disini Ijam ingin berkongsi serba – sedikit langkah – langkah yang boleh dilakukan untuk melegakan seseorang yang sedang stress dengan masalah.

1. Memberi Perhatian.

  • Jika kita dapat memberikan perhatian yang baik, orang atau sahabat yang sedang mempunyai masalah itu akan berasa selamat. Condongkan tubuh kita ke depan supaya kita kelihatan berminat untuk mendengar apa jua yang diperkatakan. Dari semasa kita boleh mengubah kedudukan tubuh kita untuk mendapatkan keadaan yang tenang.


2. Tunjukkan expressi muka yang berseri, menunjukkan kita sedia menerima dia.

  • Lakukan tentangan mata kerana ia akan menunjukkan kita berminat dengan apa yang diperkatakan olehnya. Tetapi if kita dapati dia tidak selesa atau malu, segera alihkan pandangan mata kita. Jangan menyebabkan dia tidak selesa ya!


3. Soalan terbuka.

  • Untuk menggalakkan dia bercakap dengan panjang lebar, gunakan soalan yang terbuka. Cara ini membantu memberikan peluang kepada dia untuk bercakap dengan lebih banyak lagi. Contohnya, “Awak, cerita la apa yang jadi kat awak ni?”. Rendahkan suara dan bercakaplah secara tenang.


4. Lakukan dorongan minimum untuk bercakap seperti gerak isyarat, anggukan kepala, perkataan tunggal atau ulangan perkataan.

  • Ia penting untuk menunjukkan kita berminat dan menggalakkan dia untuk terus bercakap. Contohnya: “Mmm’, “A-ha”,  ”Ya’, “Jadi?”


5. Sentuhan fizikal seperti menggosok belakang atau mengurut bahu.

  • Kita juga boleh menggenggam tangan dia supaya berasa lebih tenang untuk meluahkan masalah yang dihadapi. Sentuhan secara lembut mampu membuatkan seseorang berasa tenteram dan selamat. Namun, harus diingat, sentuhan fizikal hanya boleh dilakukan oleh SESAMA JANTINA. Juga elakkan menyentuh dibahagian – bahagian yang sensitif. Point disini adalah kita ingin membuatkan dia berasa tenang.


6. Ajarkan doa ini:

الْلَّهُمَ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَ الْبُخْلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَ قَهْرِ الْرِّجَالِ
(Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan keluh kesah dan berdukacita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sikap lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan lelaki (penindasan orang)).
# Seperti biasa, mulakan doa dengan istighfar, fatihah, dan selawat terlebih dahulu


.

- Setiap daripada kita mempunyai cara yang tersendiri dalam membantu diri sendiri dan juga kenalan kita dlaam menyelesaikan masalah. Dan InsyaAllah, apa yang Ijam cuba bawa ini adalah satu input yang Ijam dapat daripada sumber-sumber yang baik.. Semoga kita lebih matang dalam membuat sebarnag tindakan dalam membantu nereka yang mempunyai masalah...agar bantuan kita menjadi lebih baik untuk dirinya dan juga diri kita.