Followers

Friday, 22 April 2011

Assalamualaikum dan salam Blogger kpd semua.,,



Hari nie Hilmi nk cerita pasal Asal-usul nama-nama hantu..
Dekat negara kita mcm-mcm jenis hantu kita penah dengarkan...
asal nampak tinggi mcm galah dipanggilnya hantu galah...
asal pendek kecik ja dipanggilnya toyol.
ish-ish hantu nie mcm-mcm namakan,.
1. Hantu Raya – Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya. kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai – balai raya.

2.Hantu Langsuir – Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin – Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung – Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah ‘jerang ..kangkung’, jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu ‘Jerangkung Dalam Almari’.

5. Hantu Pontianak – Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak – Ponti punya anak – Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak! Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal – Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung ‘Lari..lari ..Penanggal’. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong – Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!


ini semua bukan lah beetul sangat pon..
hehe..
hanya rekaan semata-mata..
tiada kaitan sangat pon..
just merapu xtau nak tulis apa..
hehe..


1 comment:

Mrs Siwon said...

Wehh . takott gilaa . mesti susah nak tdo malam neh . HAHA .. best lha .. hm . nty follow lha sy pulak ehh .

http://fairytale-munchys.blogspot.com/

Mrs Siwon