Followers

Thursday 16 June 2011

Selamat Hari Bapa..

Ketika kecil, ayah dan ibu merupakan orang yang paling rapat dengan kita. Ayah dan ibu juga adalah orang yang paling penting dalam kehidupan kita. Apa sahaja yang ingin dilakukan pasti bergantung pada keizinan mereka. Lirikan tajam mata ayah misalnya sudah boleh membuatkan kita susah hati. Kata-kata ayah,"itu tak boleh" menjadi pegangan kita hingga dewasa.

Ayah, abah, walid, papa dan apa jua panggilan yang diberikan merujuk pada lelaki yang bertanggungjawab dalam mengembang biak umat Nabi Muhammad ke atas muka bumi ini. Sungguhpun di dalam Islam kedudukan ibu jauh lebih tinggi berbanding bapa, namun hak sebagai seorang bapa juga perlu diakui oleh anak-anak. Tiada mereka bererti tiadalah kita di dunia ini.

Seorang lelaki bernama ayah sama juga seperti ibu, tidak pernah jemu melayan anak-anak. Seboleh-bolehnya jika si anak meminta apa sahaja pasti ayah akan berusaha untuk mendapatkannya. Itulah ayah kita... Dalam meniti usia senjanya, mungkin seorang ayah punya banyak masa untuk mengenang kembali saat anak-anak membesar di tangannya. Dan kerana itulah, ayah kita sering terbawa-bawa oleh perasaannya. Sama juga seperti ibu, anak-anak seharusnya janganlah melupai lelaki bernama ayah itu. Budinya cukup banyak. Jasanya tertunggak.

Masa berlalu ada kalanya menyebabkan hubungan sedia ada kian menjadi dingin. Hambatan masa menyebabkan kehadiran seorang ayah bagaikan dilupai oleh si anak. Kesibukan tugas sehari-hari menjarakkan lagi rasa kasih dan sayang anak sedangkan rindu si ayah bagaikan sudah tidak dapat ditahan-tahan. Kepada siapa hendak mengadu?

Along Sayang Ayah!
Create By:Faiz Hilmi

No comments: