Followers

Monday 13 February 2012

Nota Geografi 2 STPM : Perhutanan / Pembalakan



Notis : Segala maklumat dan nota yang terdapat disini dikutip dari pelbagai sumber. Mohon dihalalkan ilmu tersebut untuk kebaikan pelajar dan mengembangkan lagi ilmu Allah Taala. Terima Kasih.

PEMBALAKAN/PERHUTANAN


1.0. JENIS-JENIS HUTAN DAN TABURANNYA
1.1. HUTAN HUJAN TROPIKA
i. terdapat di kawsan khatul istiwa- juga dikenali sebagai hutan hujan
ii. sentiasa berkeadaan malar hijau sepanjang tahun
iii. profil hutannya kanopi berlapis-lapis boleh dibahagikan kepada empat- atas, ( 50 - 40m),kedua (25-40), tengah (15-25m), bawah semak samun, dan pokok rehek. iv. Faunanya terdiri daripada pelbagai hadupan liar- kelawar, burung, keluang tupai, harimau musang, badak dll
1.2. HUTAN MONSUN TROPIKA
i. terletak di garislintang 10°U-30°U dan 10°S-30°S
ii. meluruhkan daun pada musim kemarau
iii. pokok tumbuh seragam/sejenis
iv. kanopi juga berlapis-lapis
v. hutan daun buluh
vi. profil tiga lapis iaitu lapisan atas (20-30m),kedua (5-20m), bawah (paku pakis, palma rumput) vii. faunanya terdiridaripada gajah,harimau musang, beruang dll

1.3. PADANG RUMPUT HAWA SEDERHANA
i. terletak 3°u-45°u dan 30°s-45°s
ii. tumbuhan berkayu jarang tumbuh di lembah sungai
iii. dua jenis padang rumput- padang rumput yang pendek dan padang rumput yang panjang
iv. padang rumput utama ialah steppe, prairie dan pampas
v. hidupan liar terdiri daripada kuda, kambing, marmot, tupai, hamster dll
vi. dipengaruhi oleh empat musim- ,usim panas dan musim bunga-menghijau dan pada musim luruh/gugur-kekuningan

1.4. HUTAN KONIFER
i. terletak di 40°u-60°u
ii. bersifat monospesesies – satu atau dua jenis spesies sahaja
iii. bersifat malar hijau, berkayu lembut, kuit tebal, batang lurs, saiz besar dan tinggi
iv. mencapai ketinggian 40m
v. profil hutan selapis sahaja ketinggian seragam dan jarang ditumbuhi pokok di bawah
vi. hidupan liar seperti karibu, musk, serigala, chipmink dll


1. Konsep pembalakan.

a. Hutan sebagai sumberhutan dimanfaatkan sebagai sumber sebgai ekonomi dan bukan ekonomi seperti haiwan, tumbuhan, air, mineral dan lain-lain. Contoh hutan hujan Malaysia, lebih 8000 spesis flora dan lebih 1000 spesi fauna
b. Hutan sebagai sumber ekonomi – meupakan sumber rezeki dan survival hiudp. Contoh masyarakat asli. Pembalakan, sumber asli, pembekalan tenaga hidro dan juga sebagai sumber kajian dan pembalakan
c. Hutan sebagai sumber bukan ekonomi – kepelbagaian ekologi seperti haiwan, tumbuhan yang penting dala hutan. Pelbagai hidupan mikro mengimbangi hidupan hutan yang berkaitan dengan rantaian makanan. Hutan bertinda sebagai pengimbang dan pengawal iklim setempt menerusi kitaran hidrologi, proses transpirasi dan penstoran air setempat.


2.0 Faktor yang mempengaruhi pembalakan
a. Fizikal : keadaan sesebuah negara yang kaya dengan pelbagai jenis kayu keras tropika atau khatulistiwa seperti keruing, balau, merbau, cengal dll. Pembalakan dapat dijalankan kerana sumber yang banyak contoh di Perak, Sabah dan Pahang
b. Kemudahan pengangkutan untuk membawa hasil balak ke kilang memproses dan dipasarkan. Terdapat kemudahan jalan raya dan pelbagai pelabuhan untuk dieksport ke luar negara seperti Pelabuhan Kelang, Sandakan, Pelabuhan Kelang untuk mengekport kayu bergergaji, papan lapis dan perabot.
c. Kegiatan pembalakan untuk tujuan eksport dan merupakan antara sumber pendapatan utama negara.
d. Permintaan tinggi daripada luar negara sebagai bahan binaan, kayu bergergaji dan bahan perapot atau papan lapis dan dieksport ke Jepun atau Eropah samada siap diproses atau kayu bulat. Kesannya harga tinggi di pasaran dan menguntungkan
e. Penggunaan teknologi moden dalam pembalakan samada menebang atau memproses selain itu mesin bergergaji, jentera menarik kayu, helikopter di Sarawak dan menggunakan sistem kabel di Hutan Deramakot, Sandakan, Sabah.
f. Kemudahan memperolehi tenaga buruh yang murah dan banyak. Industri ini menyediakan pelauang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengganguran
g. Peranan kerajaan :
i. Penghutanan semula bagi mengelakan kemusnahan hutan
ii. Galakan ekport kayu yang diproses
iii. menubuh MTIB untuk mempromosi dan mencari pasaran baru
iv. Penubuhan Institut Penyelidikan hutan ( FRIM) yang menjalankan R&D berkenaan baka baru, kaedah rawatan dan kegunaan pelbagai jenis hutan
v. Penubuhan jabatan perhutanan untuk mengawal dan menyelia rancangan pengurusan dan pemuliharaan hutan.

3.0 Kepentingan dan sumbangan sumber hutan
a. Alam sekitar Manusia

1. sistem ekonomi tradisional bagi masyarakat asli, mengutip, berburu, pertanian pindah dll., tempat tinggal masyarakat orang asli dan memunggut hasil hutan
2. Menggalakan perkembangan ekonomi berasakan sumber perbalakan.
3. pembangunan eko-pelancongan seperti hutan lipur, air terjun dll
4. memajukan industri yang berkaitan seperti perabot, pembinaan dan pengangkutan
5. Mewujudkan peluang pekerjaan, peningkatan perkapita dan taraf hidup penduduk dan mengurankan kadar kemiskinan.
6. Kawasan tadahan air : kegunaan manusia dan penjanaan kuasa hidro lektrik.


b. Kepentingan kepada alam sekitar. ( STPM 2005)
1. Habitat hidupan liar untuk membiak dan membesar, dala ekosistem yang stabil tanpa gangguan manusia.
2. Menghalang hakisan : peranan silara pokok ( Kanopi ) dan akar banir yang menghalang percikan air di tanah dan dapat menyerap air dengan mudah dan cepat serta peranan akar banir yang menghalang larian air permukaan, struktur tanah lebih stabil dan hakisan kurang.
3. mengawal keseimbangan kitaran ekologi melalui luahan air dan enapan sungai, menyumbang hujan tempatan melalui proses tranpirasi, membentuk kawasan tadahan air, dan pembekal utama bekalan air sungai, tasik, paya dan empangan.
4. mengawal perubahan iklim mikro. Hutan berperanan sebagai benteng yang menahan kelajuan tiupan angin. Dirian pokok yang rapat dapat menghalang tiupan angin dengan kuat. Angin menjadi tenang berbanding dengan kawasan lapang.
5. mengekalkan kelembapan udara : wap air dibebaskan dengan banyak di kawasan hutan yang tebal dan mempunyai banyak daun-daunan apabila terkena cahaya matahari. Wap air teperangkap di antara daun dan silara pokok
6. menyederhanakan suhu : kawasan hutan tebal mempunyai kelembapan suhu yang tinggi berbanding dengan kawasan yang lapang. Perbezaan suhu diantara 2º C -5º CHutan berfungsi sebagai storanH

4.0 Kesan pembalakan terhadap alam sekitar fizikal
a. kemusnahan hutan akibat kegiatan pembalakan haram, pokok yang kecil musnah dihempap, pelbagai spesis kayu dan bio musnah tidak ditanam akan menyebabkan kemusnahan.
b. Perubahan dan kerosakan ekosistem, menjejaskan rantaian makanan,
c. Menyebabkan berlaku hakisan
d. Runtuhan tanah
e. Pencemaran air dan kemusnahan akuatik
f. Peningkatan suhu makro
g. Memusnahkan kawasan tadahan air


5.0 langkah pihak berkuasa mengurangkan kesan pembalakan terhadap alam sekitar.
a. Perundangan
i. penilaian kesan impak ke atas aam sekitar (EIA)
ii. Akta perhutanan 1978 ( Pindaan 1992 ) dengan mengistiharkan hutan sebagai kawasan hutan simpanan kekal.
iii. Pemanatauan dan rondaan dilakukan secara berterusan bagi mengelakkan berlaku pembalakan haramatau kes kecurian balak
iv. mengenakan denda atau penjara bagi mereka hang didapati bersalah Mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 ( Pindaan 1993) Denda maksima RM 500,000 dan dipenjarakan tidak kurang dari 1 tahun dan tidak melebihi 20 tahun jika Mengambil Hasil Hutan daripada Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan tanpa lesen yang sah.


b. Langkah pengurusan
i. mewartakan rizab hutan supaya terpelihara daripada aktiviti pembalakan
ii. melaksanakan penebangan terpilih. Hanya balak yang matang sahaja ditebang. Contohnya balak yang melebihi 40cm.
iii. melaksanakan program penghutanan semula atau tanam semula untuk mengantikan balak yang ditebang melalui projek Ladang Hutan Kompensatori. Pokok kayu keras Aia yang cepat besar dan matang di tanam seperti pokok accasia Mngium, Yamane, Sentang, Exotic dan Batai ditanam sistem di kawasan hutan di balak.
iv. menggalakan penggunaan sumber gantian seperti kayu getah atau Kelapa Sawit dalam industri perabot supaya tidak terlalu bergantung kepada sumber hutan
v. Pengurusan Hutan Secara Berkekalan
vi. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan
vii. Menjaankan R&D berkaitan dengan sivilkultur, penjagaan, perawatan hutan daripada makhluk peosak, penyakit, biak baka pokok, dan pelbagai sifat pelbagai guna sumber hutan yang dilakukan oleh FRIM dengan kerjasama UPM serta latihan perhutanan dan sains perhutanan.
viii. Melaksanakan dua sistem pnebangan hutan iatu sistem sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih. Membolehkan tumbesan pokok dengan lebih sempurna bagi menjamin hasil hutan dan keluaran pada masa akan datang.
ix. Pengantian sumber hutan dengan sumber yang lain seperti batu bata, kayu getah, dan kitar semula kayu yang sudah digunakan.

c. Kempen
i. kempen kesedaran tentang kepentingan hutan kepada manusia
ii. pendidikan alam sekitar di sekolah atau IPT atau NGO
iii. Perhutanan Masyarakat, Rekreasi dan Pelancongan
iv. Kerjasama Antarabangsa
v. Sambutan hari Sambutan Hutan Sedunia yang disambut pada setiap 21Mac. Contohnya yang bertemakan ‘ Sayangi Hutan’ bagi tahun 2010 yang disambut di Taman Eko, Kuala Lumpur.


PENYAHUTANAN
1. Konsep
Penghapusan hutan secara besar2an. Kwasan hutan ditebang dengan pelbagai cara utk pelbagai tujuan seprti perladangan, petempatan, perindustrian, empangan dll. Kesan, berlaku pengondolan dan pendedahan tanah terhadap pancaran cahaya matahari. Kemusnahan melibatkan negara maju dan NSM samada semulajadi atau disebabkan tindakan manusia.

Penyahutan secara semulajadi
a. kebakaran hutan akibat cuaca panas
b. kemusnahan akibat letusan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami

Penyahutanan oleh manusia
a. pembinaan empangan hidroelektrik
b. pembalakan yang tak terkawal dengan menggunakan kaedah tebang bersih dan pembalakan haram menyebabkan spesis flora dan fauna musnah. Pembalakan turut memusnahkan pokok di bawahnya, pembinaan jalan tikus untuk mengangkut balak turut meninggalkan kesan jaluran gondolan di hutan tebal.
c. kegiatan pertanian, buka tanah ladang dan tanam getah & kelapa sawit melibatkan pembakaran dan pembersihan hutan secara besar-besaran
d. pertanian pindah,
e. pembinaan infrastruktur, lebuh raya, kabel elektrik, saluran paip dll. Tidak luas tetapi masih ada kesan.

2. Kesan penyahutanan. ( STPM 1997)
i. Alam sekitar fizikal
a. kemusnahan habitat, ekosistem dan biodiversiti
b. memusnahkan edaran nutrien dalam ekosistem
c. perubahan cuaca dunia dan pemanasan setempat
d. meningkatkan kadar hakisan
e. memusnahkan kawasan tadahan air
f. sistem hidrologi
g. sistem geomorfologi

ii. Alam sekitar manusia
a. kekurangan sumber makanan – masayarakat asli
b. menjejaskan sumber ekonomi penduduk dan negara yang bergantung kepada sumber hutan seperti industri perabot, kraftangan dll kerana kepupusan hutan.
c. fenomena kesan rumah hijau
d. kekurangan bekalan sumber air.
e. Kekukarangan bekalan gas oksigen
f. Tanah akan mengalami pergondolan, gersang dan tandus kerana perladangan hutan – tidak sesuai pertanian
g. Kemusnahan sumber dan rantaian makanan – penguraian makanan oleh organisma , tanah tidak subur – tandus, kering, kontang.


3. Langkah pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan.
i. Berdasarkan konsep pembangunan lestari
a. Maksud pemelihraan – perjagaan dan perlindungan sumber semulajadi dari penerokaan secara rakus. Pelaksanaan berdasarkan akta kualiti alam sekitar 1974.
b. Maksud pemuliharaan – membaik pulih sumber yang digunakan tersebut agar tidak mengalami kepupusan atau terus rosak dan boleh digunakan secara berterusan contohnya seperti tanah, hutan, air dll.
c. Maksud Pengurusan hutan secara lestari.Lestari – kekal dalam keadaan asal dan semulajadi/ pembangunan lestari – pembangunan dengan mengekalkan ciri-ciri asal. Ia dilakukan secara mapan, pembangunan dilakukan bertujuan kesejahteraan hidup generasi kini dan masa depan.

ii. Sebab-sebab sumber hutan perlu dipelihara dan pemulihara
1. mengekal dan mengawal kawasan tadahan air
2. mengawal kadar hakisan tanah, tanah runtuh, dan banjir lumpur
3. mengawal sistem semulajadi dan kepelbagaian biologi/spesis daripada pupus. Menjamin sumber berterusan pada masa depan
4. menjamini industri yang bergantung kepada sumber akan berterusan
5. menjamin masyarakat asli terus survival

4. Langkah mengawal penyahutanan
a. Perundangan
1. dasar perhutanan negara 1978- mewujudkan hutan simpan dan taman negara
2. Akta perhutanan negara 1984- larangan yang berkaitan dalam kawasan hutan simpan kekal-memasuki, menebang, memotong, mencari , mengambil, membersih dan menceroboh dll
3. denda dan penjara sehingga RM50,000 atau dua tahun penjara kepada sesiapa yang ingkar
4. akta perlindungan hidupan liar 1976- mamstikan sepesies hidupan liar tidak pupus

b. Pengurusan
1. sistem penebangan terpilih- sistem sebaya malaya(MUS), sistem pengurusan tebngan memilih (SMS)-kaedah penebangan sistematik dan berjadual
2. kaedah sivilkultur- pemulihan hutan melalui ladang hutan, pertumbesaran, penjagaan
3. Penghutanan semula kawsan hutan yang telah ditebang
4. penyelidikan dan pembangunan- frim, upm menjalankan penyelidikan menjamin program perladangan hutan

6.3. KEMPEN/PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
a. pendidikan alam sekitar peringkat rendah, menengah, maktab dan universiti dalam kurikulum formal contoh dalam mata peljaran geografi
b. kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar seperti cintai hutan kita oleh kerajaan atau NGO contoh sahabat alam malaysia
c. kempen menanam semula pokok , pameran, ceramah pada hari perhutanan sedunia
 
Sumber:

No comments: