Followers

Monday, 2 December 2013

Seminggu Ja Lagi Nak Final

Assalamualaikum
sedar tak sedar dah dekat 6 bulan jadi student JMTI nie..
dan dah nk dekat final..

rasa belajar tak tera mana...
nk jawab Final cam na la.. =.='
huhuhuhu..
bak kata pepatah
"Masok Perang Tanpa Senjata"

ntah la rasanya cam berserah jala sem nie..
huhuhu...
harap rakan rakan sekelas dapat bantu mana yang patot la..
ntah la tak tau nk kata pa dah nie..
ok la jom nk start study dah..
huhuhu...


ni nak lampir sikit gambo dak dak kelas Iz sikit..
usha la kot kot hampa berkenan..
gitau la haha...



Tuesday, 5 November 2013

Nak Final Dah

Assalamualaikum
fuh fuh fuh...
uih banyaknya sawang,,,
hahaha...

lama Iz tak update blog nie...
jarang masok ke blog sendiri dah..
first nk gitau Iz sekarang dah SINGLE n tak dak pa nan Nyna dah..
dia dah temu jodoh dia..
n Iz berharap depa dua bahagia.. :)
tiada dendam dendam pa..
Iz dah redha andai ni suratan takdir..

ok now lets start from begin..
sekarang seperti yang hampa tau Iz belajaq kat JMTI...
tik tok tik tok...
dah masok 4 bulan Iz jadi pelajar JMTI nie..
tik tok tik tok again dah nk FINAL la...
alamak rasa macam tak ready pa lagi..
yela harap ja ketua kelas,,,
pi kelas pon lambat
tp assigment always on time k..
jgn ingat saya nie pemalas sangat ok..

hahahaha,,,
nampak ja mcm ne tapi Iz nie rajin orangnya..
cuma pemalas nk bangun p kelas pagi ja..
tu yang menyiarap sikit hahaha,,
tu punca dok p kelas lambat tu hehehe...
sebelom tu Iz rasa bersyukur sangat sebab dapat classmate2 yang sempoi2 n sporting2...
depa la yang banyak membantu iz dalam banyak hal..
susah senang dah banyak kami harungi..
dah macam adik beradik..
tak kira la apa bangsa pon..

Iz rasa semua boleh masok pala...
mengantok plak dah nk cerita panjang2 nie..
sekarang nie cuma nk gitau yang FINAL kat JMTI akan mula awai bulan 12..

kat sini Iz akan lampirkan bebudak kelas Iz yang masok air tu,,,









Sunday, 8 September 2013

Hang Out with Class Mate Baru

Assalamualaikum

Salam Blogger...
(Kemarin punya cerita)

First skali nk ucapkan jutaan terima kasih kepada class mate aku la..
sebab ampa semua sporting2 belako...
Walaupon hanya turun ke MegaMall Penang..
hahahaha...

memang best a hang out nan ampa semua...
dapat Window Shopping, Karaoke, Main Game, Tengok Wayang Bersama :D
ampa memang the best a..

banyak cerita tak mau iz cuma nk lampirkan gmbo je..
heheheh

Iz,  Aten, Sam, Johnny, Panda, Nani, Kecik, Mimi, Najwa





This Our Panda 
Depa nie semua gila gambo hehehe
 apa2 un ampa terbaik la kawan2..
hehehe..
nnt bila2 kita kuaq lagi k..
kali nie aku bawak ampa p Sunway plak hehehe..

kali tu kita plan betoi2 la..
baru la rancak..
kemarin men spontan ja huhu

Friday, 6 September 2013

Blog yang Kian Berabuk

Assalamualaikum

fuh fuh fuh!!
mai nk lap sikit blog nie..
uih lama dah tinggai hahaha,,,

Salam Blogger :D
Selamat Pagi!!
uih lama dah Iz tak update blog..
almaklumlah dah bergelar student..
niat tu ada nk update tp tak da masa n ruang kosong sepenuhnya

Iz sekarang study dekat JMTI (Japan Malaysia Teknikal Institut)
almaklomlah masa STPM dulu main2..
mai la nie kena return Dip alek la..
tapi Iz tak kisah pon sebab bagi Iz kalau kita nk belajaq kat mana pon tak kisah kan??
bukan Iz sorang ja..
ramai lagi member2 yang kantoi STPM return Dip alek..
so tak salahkan Iz menjadi salah sorang daripada mereka :)

dekat JMTI nie Iz amek Kursus Kejuruteraan Komputer
nk sedap lagi??hehe
dalam bahasa omputeh dia Computer Enginering...
amacam sempoi x??
hehehe..

sebenarnya update ni sebab lama tak update..
Iz sebenarnya baru ja habes wat assgment..
dah alang2 dok bersenkang mata lagi nie apasalahnya update sat,..
betoi idak hehehe..

dah la Iz pon dah mengantok nie..
jap g pkoi 8 ada kelas plak..
huhuhuii..
ni dah nk dekat pukoi 5 pagi tapi tak tidoq lagi...
so jom2 cincau bon cau dulu..

sini Iz nk lampirkan 2 3 gambaq Iz kat JMTI hehehe

Im Computer Enginering Student

Jamuan Raya #JMTI bersama BFF kat sini..
Rambut botak tu masa  mula2 masok ja k =='
sekarang dah ok..
ha yang nsem2 mcm hero tamil tu la member baik Iz at JMTI nie..
maklum la sama umoq n sama kos plak tu...
n sama2 kantoi STPM hahaha...
sini kami pggl dia MAMU sebab dia orang pulau,,
ada keturunan MAMAK sikit!
nasi kandaq cemei dok nmpak bleh dah hahaha...

Monday, 15 April 2013

Kisah Seram Di Lebuhraya Karak

Assalamualaikum...
Salam Blogger kepada rakan-rakan blogger..
lama plak tak update blog nie..
naik lusam n berabok dah hehehe
korang mesti pelikkan kenapa tajuk entry Iz kali ini mcm tu...
actually Iz ada perasaan ingin tahu sangat pasal Highway Karak tu...
tak tahu la tapi Iz jadi membuak buak sangat nak tahu,,,,
so Iz wat la sedikit kajian n baca story sal Karak nie..
so Iz harap korang enjoy la k..
takdala seram sangat tapi amaran la..
jangan baca sebelom tidor :p
yela takot nanti korang tak leh tidor plak =='
hehehe

Mari baca cerita dan kisah seram di Lebuhraya Karak. Sekarang ni, semua sudah maklum bahawa jalan lebuhraya karak memang agak berpuaka dan pelbagai kematian membabitkan kemalangan maut terjadi di jalan raya berkenaan. Bukan sahaja kemalangan, malah pelbagai cerita penampakan makluk halus turut dilaporkan oleh pemandu yang penuh lalu di laluan berkenaan. Untuk maklumat anda, lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.
http://2.bp.blogspot.com/-vJlBXt8AvS4/TdkSh-7v1KI/AAAAAAAAAZs/49AGrQoFLLM/s1600/Gombak-lebuhraya-karak-entrance-to-tunnel-f.jpg
Antara Kisah Benar Kejadian Seram Di Karak Highway
Misteri Volkswagen Kuning
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikX8wGBp4hXs1iEKeYWf33U01W0lDrwLQxuOP14WYddPsSA83SuyIBVdt8eGxQj7M2Z-GBBmpQW1Ze8kRzb9M2HwL1yxmNoEUAzIxPmdsW7BgPsEy6J8qzr7JdLBAXjZRiMR4Z0L56C3k/s1600/keretaue4.jpg
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Menurut pengalaman seorang pelajar UIA (tidak perlu disertakan nama) yang datang dari Gombak menuju ke Temerloh dengan motosikal pernah melalui dan tersermpak dengan kereta kuning di lebuhraya itu pada tahun 2009 pada waktu senja kira-kira jam 7.30. Disebabkan beliau mengetahui akan misteri tersebut, beliau hanya ambil langkah bertenang dan tidak memotong kereta tersebut. Kereta tersebut bergerak tanpa pemandu…
Penampakan Pontianak
Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya. Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup. Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUsEEMAQK4bpu1fD57ZpMq8RYTQbAr2umqGaTkMRC6Q59ibWdM3mYx2zqMMJQ2RGBJp1g5N9xNTbiSXAZSKs3IP2MwFIixsVziyRHNxSmgodKk0x-dDwIGpSoKAtWOLCY4mL-RCsGnfqiK/s1600/pontianak+karak.jpg
“Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita. “Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya,” kata Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.
Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi. “Pul, betullah. Aku nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hadi. Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit,” ujar Saifullah.
Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar. “Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang kemalangan,” jelasnya yang sehingga kini mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.
Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras. Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.
Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.
Budak Sesat Cari Emak
Pada suatu malam, ada seorang lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur mahu pulang ke rumah pada waktu malam. Selalunya ramai orang memilih untuk mengguna lebuh raya Karak pada waktu malam kerana mahu mengelakkan kesesakan jalan raya dan juga bahang panas matahari.
Namun, lelaki ini yang begitu suci pemikirannya daripada kisah-kisah hantu di lebuh raya Karak terlalu penat pada malam itu, lalu memilih untuk berhenti memandu dan tidur di dalam kereta di tepi jalan. Silap besar! Itulah yang berlaku. Mungkin Uncle Seeker boleh menggunakan idea ini untuk mengesan kewujudan entiti dan bukti kewujudan hantu di Lebuh Raya Karak.
Baru sahaja beberapa minit dia terlelap, dia kembali dikejutkan dengan bunyi ketukan tingkap dari luar. Rupa-rupanya ada seorang budak lelaki yang merenungnya tanpa berkelip-kelip dan bertanya kepadanya di mana ibunya.
Pemandu itu masih mempunyai naluri yang kuat. Nalurinya kuat mengatakan dia harus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju dan jangan mempedulikan budak misteri itu. Pemandu itu pun terus meninggalkan tempat tersebut dengan kereta yang dipecut laju. Dari cermin belakang keretanya, dia melihat budak itu masih mengejar dengan laju walaupun pada ketika itu kereta pemandu itu sedang bergerak pada kelajuan melebihi had laju nasional. Budak itu masih lagi mampu mengekori keretanya dan sempat lagi bersaing sebelah menyebelah dengan pemandu kereta itu. Budak itu terus bertanya dan bertanya jika pemandu itu tahu di mana ibunya.
Kemudian sebuah kereta polis peronda pun muncul lalu mengekori kereta lelaki itu. Ketika itulah hantu budak sesat cari ibu itu menghilangkan diri. Lelaki ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun menceritakan segala-galanya kepada pegawai polis. Pegawai polis memberitahu lelaki tersebut:
Pada suatu ketika dahulu, ada kemalangan berlaku di sini. Kemalangan itu berlaku dipercayai kerana penumpang di dalam kereta tersebut tidak memaki tali pinggang keledar keselamatan semasa memandu. Dalam kemalangan itu, ibu kepada budak tersebut telah tercampak keluar dari keretanya. Manakala budak tersebut kekal di dalam kereta. Disebabkan hal itu, budak itu pun merayau-rayau mencari ibunya sehingga kini.
Lelaki ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun bertanya bila peristiwa itu berlaku. Pegawai polis itu memberitahu, lama sudah.
Lelaki itu berasa pelik kenapa budak itu tidak membesar. Polis itu pun memberitahu, kalau dah namanya hantu, seratus tahun lagi pun macam itulah rupanya.
Begitulah kisah hantu budak sesat cari emak di lebuh raya Kuala Lumpur. Ada orang kata semasa kemalangan itu berlaku, budak itu yang duduk di bahagian depan, manakala ibunya sebagai pemandu. Dalam kemalangan itu, cermin pecah dan kaca menusuk ke mata budak itu.