Followers

Sunday 7 August 2011

Aiman Nak Tanya Lagi...

Setelah berkahwin, Daus tinggal bersama isterinya di rumah lain yang agak jauh, membuatkan Aiman merasa rindu yang amat sangat.
Beberapa bulan berlalu dan Ramadhan menjelang kembali, Daus akan pulang ke rumah Pak Deraman dan Mak Sue untuk menyambut hari puasa pertama bersama isterinya, Sarah.

Pak Deraman awal-awal lagi berasa excited dengan kepulangan anak lelaki sulungnya yang akan bersahur dan berbuka bersama dengan seorang lagi ahli keluarga baru. Persiapan untuk menyambut Daus dilakukan dengan rancak sekali, seperti menyambut ketibaan seorang raja yang akan melawat rakyatnya.

Sememangnya Daus, iaitu anak lelaki sulung dalam 4 orang adik beradik iaitu sebelum Afikah, Aisyah dan Aiman, memang bagai menatang minyak Shell yang penuh. Begitulah berharganya Daus kepada Pak Deraman.

Menjelang pukul 6 petang, Daus akhirnya tiba dengan isterinya menaiki kereta jenis Lamborghini Murchilago yang membuatkan Pak Deraman terus mengabaikan kehadiran Daus lalu memandu kereta itu untuk pertunjukan Drag Race yang akan dilakukan malam ini selepas terawih.

Sepeninggalan Pak Deraman, Mak Sue mengajak Daus dan Sarah masuk dalam untuk bergosip.

Mak Sue gembira apabila memerhatikan perut Sarah yang sudah besar, membayangkan cucu yang bakal ditimangnya satu hari nanti. Aiman juga hairan melihat perut Sarah yang diperhatikan sejak dari tadi.

Mak Sue kemudian mengajak Daus ke dapur dan mula bertanya kepada Daus kehidupan selepas kahwin. Bermacam-macam soalan yang ditanya dan ada soalan yang agak malu untuk Daus menjawab.

" Anak kau ni lelaki ke perempuan?", tanya Mak Sue kepada Daus. " Perempuan mak, kami bagi nama dia Alisya.", jawab Daus sambil tersenyum.

Daus kemudian terkejut apabila Sarah datang dari belakang.

" Abang, tolong jawab kat Aiman kejap...", Sarah berbisik kepada Daus. Muka Daus kemudian berkerut sebelum bertanya, " Jawab? Aiman tanya apa?

" Aiman tanya, macam mana Alisya boleh masuk dalam perut Sarah...?"

Daus : ...................................... =,="

P/S : Cerita ini tiada kaitan dengan manusia yang bernama Aiman... 
Sila LIKE kalau suka atau KOMEN supaya aku tahu kamu dah baca...better komen dan LIKE sekali la..haha...)

Created by: Abang Lan 

No comments: